Data CVR dedah Aidana Baizieva terlibat dalam pengendalian helikopter - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Data CVR dedah Aidana Baizieva terlibat dalam pengendalian helikopter harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Data CVR dedah Aidana Baizieva terlibat dalam pengendalian helikopter








KUALA LUMPUR: Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan wanita yang dikenal pasti sebagai teman kepada juruterbang helikopter malang itu turut terlibat dalam mengendalikan pesawat itu.



Pasukan penyiasat menemui maklumat baharu itu yang mengaitkan peranan Aidana Baizieva iaitu rakan kepada Kapten Clifford William Fournier dalam kejadian pada 4 April yang mengorbankan enam orang termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, lapor portal berita The New Straits Times.



“Tidak menjadi kesalahan untuk Fournier membawa teman dalam penerbangan itu atau duduk di sebelahnya. Namun, data menunjukkan Baizieva telah terlibat secara aktif dalam operasi pesawat.



“Ia tidak sepatutnya begitu,” lapor berita itu lagi yang memetik kata sumber.



Baizieva, 25, berasal dari Kyrgyztan, dilaporkan mengikuti latihan penerbangan dengan Fournier.



Selain Jamaluddin, Fournier dan Baizieva, nahas berkenaan turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri, Datuk Tan Huat Seang; dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.



Data CVR juga mendedahkan, tidak seorangpun daripada penumpang pesawat Dauphin AS365N2 itu berkata-kata dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas, sedangkan sebelumnya mereka rancak berbual sejak berlepas dari Kuantan.



“Hanya bunyi nafas yang terakam dalam CVR. Mereka yang berada di dalam pesawat bercakap tentang banyak perkara yang tidak relevan dengan siasatan, tetapi kemudian mereka senyap selama beberapa minit.



“Namun, janganlah ada spekulasi tentang perkara ini, mungkin keadaan senyap itu terjadi atas beberapa sebab lain, seperti penumpang keletihan,” kata sumber itu lagi.



Siasatan awal juga mendapati helikopter berkenaan terbang pada ketinggian 2,000 kaki di ruang udara Semenyih sebelum ia tiba-tiba menjunam dan semua saluran komunikasi terpadam.



Situasi itu dikatakan memberi petanda berlaku letupan di udara sebelum pesawat itu terhempas.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Data CVR dedah Aidana Baizieva terlibat dalam pengendalian helikopter. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.