Seram : Kisah Benar di Perhentian RnR Seremban Arah Selatan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Seram : Kisah Benar di Perhentian RnR Seremban Arah Selatan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Seram : Kisah Benar di Perhentian RnR Seremban Arah Selatan








Info disahkan sahih. Please take note semua pengguna jalanraya. Awas, kejadian berlaku di hent#ian RnR Lebuhraya Plus.



Berhati-hatilah jika ada orang tua yang hendak tumpang kereta anda dekat hentian RnR Lebuhraya Plus. Kejadian ini berlaku di lebuhraya PLUS sewaktu kawan saya sedang berhenti dalam perjalanan dari Perak menaiki kereta untuk pulang ke Paroi mel#alui lebuhraya PLUS, kerana berasa mengantuk beliau berhenti rehat sebentar di salah sebuah hentian RnR. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang lelaki tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya.



“Anak nak ke mana?”.



Kawan saya menjwb ringkas, “Paroi pakcik”.



Org tua itu bertanya lagi.



“Boleh pakcik tumpang sampai ke Rasah?”



Tanpa soal-selidik, kawan saya menjawab “Ehm… bolehlah”.



Lantas orang tua itu m#asuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian belakang. Dalam hati kawan saya berkata,



“Hai, siapalah orang tua ni.. orang ke atau…” Seram juga bila tengok pakcik tu membisu je.



Beliau pun meneruskan perj#alanannya. Sebaik lebih kurang 2km menghampiri Rasah, orang tua tadi bertanya.



“Anak nak kaya tak?” Kawan saya tersentak dan berkata-kata dalam hati.



“Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”



Lalu kawan saya pun menjawab,



“Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”



Org tua tu tak bertanya lagi. D#alam hati kawan saya berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.



Kemudian orang tua itu bertanya sekali lagi, “Anak nak kaya tak?”



Kawan saya menjawab jawapan yang sama seperti tadi.



“Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.



Sampai di Rasah, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata.



“Tu, pakcik ada tinggalkan sa#tu tin KAYA cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua itu turun dari kereta.



Begitulah ceritanya.










PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Seram : Kisah Benar di Perhentian RnR Seremban Arah Selatan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.