Penjelasan Dari Putri Mardiana Apabila Ditangkap Khalwat Kali Kedua adalah Entri ulangsiar dari Yuya! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Penjelasan Dari Putri Mardiana Apabila Ditangkap Khalwat Kali Kedua membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Penjelasan Dari Putri Mardiana Apabila Ditangkap Khalwat Kali Kedua





Penjelasan Dari Putri Mardiana Apabila Ditangkap Khalwat Kali Kedua




Baru-baru Putri Mardiana ditangkap khalwat sekali lagi dengan kekasihnya bernama Ejump. Baca berita tangkapan khalwat tersebut di SINI .



Putri Mardiana kini tampil menjelaskan dengan panjang lebar tentang hal ini.



Jom dengar penjelasan dari pelakon ini: (Utusan)



Macam mana kali pertama saya terkena, macam itu jugalah yang berlaku kali kedua ini. Yang berlaku baru-baru ini adalah satu perangkap yang telah dirancang oleh orang yang sama iaitu bekas isteri Ejump sendiri. Ramai yang bijak di luar sana boleh fikir. Takkanlah saya nak buat benda macam itu.



Kalau mula-mula dulu, orang letak kesalahan pada saya, sekarang ini bila jadi kali kedua, ramai yang sudah berfikir, ‘eh’…. ini macam ada yang tak kena saja. Bukan saya nak cipta alasan tetapi memang saya diperangkap. Takkanlah saya bodoh dan nak sangat ditangkap khalwat.



Kalau itu rumah dia (bekas isteri Ejump) kenapa dia tak ada dan tak duduk di rumah tersebut? Pergi ke mana? Katanya, itu rumah dia, kenapa tak balik rumah? Ejump ada bukti hitam putih mengenai rumah itu. Tak payahlah dia cakap itu rumah dia, yang bayar bulan-bulan pun Ejump.



>> Klik Sini Dulu <<



Saya hairan dengan sikap dia, kenapa dia tergamak nak buat kami macam itu dan mereka-reka cerita. Tetapi saya tahun ada perkara yang dia tak puas hati terhadap kami terutama dengan Ejump.



Entahlah… saya juga hairan (kenapa asyik terperangkap modus operandi yang sama). Nak sangat tengok saya dan Ejump jatuh, kenapa tak bunuh saja kami? Asyik tangkap khalwat saja. Mentang-mentanglah orang tahu saya pelakon dan dikenali maka kononnya, satu cara mudah nak jatuhkan saya adalah dengan memalukan saya. Bahkan itu jugalah niat dia semasa dia rancang memerangkap kami pada kes tangkap khalwat pertama akhir tahun lepas.



Dia silap. Saya tidak mudah untuk melayan hal remeh temeh dan bodoh seperti ini. Banyak lagi yang boleh sayafikir dan fokuskan demi masa depan, contohnya kerjaya dan anak-anak. Bukannya nak fikir dan bersedih dengan tindakan dia itu. Hairan juga, umur dia sudah mencecah 40 tahun, kenapa berperangai macam budak-budak ya?



Saya dan Ejump berdiam diri kerana tak mahu lebih banyak konflik berlaku. Diam tak bererti kami bersalah. Dan selepas ini saya tak akan beri sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini. Cukuplah. Orang tetap dengan spekulasi mereka sendiri.



Macam hari itu (khalwat pertama), saya dilabel sebagai perempuan perampas. Padahal saya kenal Ejump selepas dia dan bekas isterinya sudah berpisah.



Dia(bekas isteri Ejump) lupa, kalau nanti saya sudah menjadi isteri Ejump, anak-anak dia akan jadi anak-anak saya juga. Kenapa dia memilih untuk buat onar macam ini kepada kami. Setakat nak jadi keyboard warrior di laman sosial sahaja buat apa. Kalau betul tak suka saya, kenapa tak cakap secara berdepan saja. Itulah saya cakap perangai dia macam budak-budak.









Penjelasan Dari Putri Mardiana Apabila Ditangkap Khalwat Kali Kedua ini adalah Entri ulangsiar dari Borak Kosong merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Yuya iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.