MARSHAL F1 DIKRITIK, MASUK LITAR KETIKA SESI KELAYAKAN SEDANG DIJALANKAN - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di MARSHAL F1 DIKRITIK, MASUK LITAR KETIKA SESI KELAYAKAN SEDANG DIJALANKAN harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




MARSHAL F1 DIKRITIK, MASUK LITAR KETIKA SESI KELAYAKAN SEDANG DIJALANKAN








Rakaman video yang memaparkan tindakan seorang marshal Formula One memasuki litar ketika sesi kelayakan F1 sedang dijalankan dikritik oleh para peminat F1 yang menyifatkan tindakan#nya itu membahaya diri dan pelumba F1.



Difahamkan, ketika kejadian itu, seorang marshal F1 bertindak memasuki litar lumba bagi mengutip sebuah objek yang berada di litar berkenaan dan pada masa yang sama pelumba F1, Felipe Nasr, sedang memecut laju di laluan berkenaan.








Insiden itu mengunda#ng kritikan dari para peminat F1 seluruh dunia yang menganggap tindakan marshal itu 'brainless' dan didakwa cuba membunuh pelumba F1, Felipe Nasr.



Ada juga yang mengimbas kembali kejadian yang telah menimpa seorang pemandu F1 pada tahun 1997, Kyalami, South Africa, di mana Tom Pryce maut serta merta setelah terlanggar seorang marshal litar tersebut.










Marshal Frederick Jansen Van Vuuren, 19, pada ketika itu melintas litar tersebut sambil membawa alat pemadam ap#i bagi membantu seorang pelumba F1 yang tersadai di bahu litar. Malangnya, mangsa terlalu lambat keluar dari litar menyebabkan dia dilanggar oleh Tom Pryce dan tercampak ke bahu litar.



Manakala, Tom Pryce pula maut serta merta di tempat kejadian kerana kepalanya terhantuk pada alat pemadam api yang dibawa oleh marshal tersebut.



Bagaimanapun, insiden yang b#erlaku di litar itu semalam, disifatkan tidak begitu membahayakan kerana tidak ada banyak jentera F1 melalui laluan tersebut menyebabkan marshal berkenaan berani mengambil tindakan itu.



Ada juga yang percaya, tindakan marshal itu diarahkan oleh pihak 'Control Tower', bukannya suka-suka berbuat sedemikian.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MARSHAL F1 DIKRITIK, MASUK LITAR KETIKA SESI KELAYAKAN SEDANG DIJALANKAN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.