Diari bongkar rahsia remaja diperk osa anak pengasuh.. merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Diari bongkar rahsia remaja diperk osa anak pengasuh.. membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Diari bongkar rahsia remaja diperk osa anak pengasuh..








Tindakan seorang wanita membaca diari anaknya membongkar kejadian kanak-kanak berusia sembilan tahun itu diperkosa anak lelaki pengasuhnya berusia 16 tahun.



Kejadian yang berlaku empat tahun lalu itu hanya dicatatkan mangsa di dalam diari tanpa menceritakan detik hitam dialami kepada keluarga.



Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, ibu mangsa berusia 40-an dikatakan terbaca kandungan diari itu ketika berada di rumahnya di Pandan Indah, di sini.



Sumber berkata, wanita itu yang terkejut dengan isi kandungan dibaca kemudian terus mendapatkan anaknya dan bertanya hal sebenar.



“Mangsa kemudian mengaku pernah diperkosa remaja lelaki terbabit.



“Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, dia terus membawa mangsa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.



Susulan itu, mangsa dihantar ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama di alat sulit mangsa.



Sumber berkata, polis kemudian bertindak mengesan rumah pengasuh itu berikutan keluarga itu sudah berpindah.



“Bagaimanapun siasatan lanjut akhirnya berjaya menemui kediaman pengasuh itu sebelum menahan remaja lelaki itu.



“Polis juga sudah merakam keterangan suspek sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.



Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-sumber





Artikel Diari bongkar rahsia remaja diperk osa anak pengasuh.. ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.