Pelajar cuba menggoda cara tidak senonoh Kantoi... merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Pelajar cuba menggoda cara tidak senonoh Kantoi... membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Pelajar cuba menggoda cara tidak senonoh Kantoi...






Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.

Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.

Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.

Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.

Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.

“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.

“Kata-kata lucah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.

Menurutnya, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.

“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Chukai, Terengganu apabila diperkosa teman lelaki dan tiga lelaki lain Julai tahun lalu.

“Mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun melalui laman sosial WeChat.

“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol,” katanya.

Kamal berkata, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.-

.hmetro.com



Artikel Pelajar cuba menggoda cara tidak senonoh Kantoi... ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.