‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di ‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi










PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa ada pihak menggodam telefon bimbitnya dan menyebarkan arahan supaya penyokong yang hadir merempuh seka#tan pihak berkuasa di hadapan Istana Kehakiman di sini.



Sambil mendakwa ia konspirasi terancang pihak berkepentingan, Rafizi menolak kesahihan arahannya menerusi SMS berkenaan.



“Ini bukan sesuatu yang dibuat oleh ‘m#acai', tetapi orang yang ada kaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi atau pihak berkuasa.



“Maknanya mereka sudah siap sedia untuk fitnah kita dan ambil tindakan undang-undang kalau ada apa-apa (insiden tak diingini) berlaku,” dakwanya mengenai telefon bimbitnya yang digodam sebelum mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah, Selasa.










Beliau berkata demikian kepada pemberita s#elepas keputusan rayuan terakhir kes liwat II Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan diumumkan panel lima hakim, Selasa.



Rafizi menerusi tweetnya pula menyebut: "Telefon bimbit saya digodam, kononnya ada SMS dihantar dari nombor saya ajak rakyat merempuh. kalau dapat delete, itu mainan Umno."



Bagaimanapun, beliau mengambil pendirian unt#uk tidak membuat laporan polis kerana bimbang telefonnya diambil dan dia ditahan.



Pada Selasa, Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.



Keputusan rayuan Anwar itu diumumkan oleh pan#el lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.