Harga Minyak Dijangka Naik April Depan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Harga Minyak Dijangka Naik April Depan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Harga Minyak Dijangka Naik April Depan








KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) memaklumkan harga minyak (RON 95 dan 97) di pas#aran dijangka meningkat selepas suku pertama tahun ini berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.



Presidennya, Datuk Hashim Othman menyatakan pihak persatuan tidak terlibat dalam menetapkan harga bahan api tersebut dan hanya akan mengikut harga yang diselaraskan oleh kementerian ya#ng berkaitan.



“Hanya Kerajaan yang mengambil bahagian dalam penentuan harga bahan api berkenaan.



“Sehingga kini, kita masih tidak tahu mengenai penyelarasan harga baru untuk April,” katanya kepada Malaysian Digest, hari ini.










Sementara itu, jurucakap rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika dih#ubungi Malaysian Digest memaklumkan bahawa penyelarasan harga baru bagi bahan api petrol ditetapkan Kementerian Kewangan selepas sistem apungan dilaksanakan sejak Disember lalu.



Dalam perkembangan lain, Hashim sebelum ini meluahkan kebimbangan ekoran penurunan harga bahan api dengan menya#takan peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000 kesan kejatuhan harga minyak pasaran.



Malah, sehingga kini harga petrol terus mengalami penurunan iaitu RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manaka#la RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.



Menerusi pengumuman tersebut, harga minyak seliter adalah RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.



Difahamkan, harga minyak mentah dunia juga meningkat kepada paras AS$ 60 (RM216.50) setong berbanding harga sebe#lum ini iaitu AS$ 48 setong dan ini memberi bayangan kemungkinan harga minyak akan meningkat.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Harga Minyak Dijangka Naik April Depan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.