Azlee Senario dedah rahsia pulih dari penyakit - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Azlee Senario dedah rahsia pulih dari penyakit harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Azlee Senario dedah rahsia pulih dari penyakit








SEKITAR Ogos tahun lalu, pelawak terkenal dari kumpulan Senario, telah dimasukkan ke Hospital Damans#ara kerana masalah batu dalam hempedu.



Baharu sahaja mengetahui akan penyakit yang menyerangnya itu, Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Jaafar, segera melakukan pembedahan agar ianya tidak merebak lebih teruk sehingga menyukarkan pergerakan dan kesihatan.



Berpeluang bertemu dengan penghibur in#i di majlis pelantikannya sebagai duta sejenis produk makanan kesihatan keluaran RCC Global di Hotel de Palma, Azlee memberitahu bahawa tahap kesihatannya kini bertambah baik.



"Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan kecil itu, saya kembali sihat seperti biasa dan dapat meneruskan aktiviti dan kerja-kerja seni.












"Sebelum ini, saya tidak pernah mengidap se#barang penyakit lain dan batu dalam hempedu ini berpunca kerana silap makan," katanya yang baharu sahaja dilantik sebagai duta bermula 1 Januari lalu.



Bertanya mengenai pelantikan itu, Azlee memberitahu sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta produk, namun terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu.



"Sebagai selebriti, saya tidak boleh main 'ce#kau' sahaja apa-apa tawaran kerana ia melibatkan nama saya. Jadi, saya hanya akan bersetuju sekiranya ia memberi faedah dan kebaikan yang boleh dikongsi kepada kesemua lapisan peminat saya.



"Untuk RCC Global, saya yakin, produk ini mampu memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat di mana ia adalah produk makanan kesihatan. Saya mula mengamalkan produk, pemanis semula jadi Stevia sejak tahun lalu.



"Selepas ini, saya akan bersama-sama RCC Glo#bal dalam mengembangkan lagi penggunaan produk pengganti gula ini dan menyertai aktiviti yang dianjurkan," katanya yang dilantik selama setahun.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Azlee Senario dedah rahsia pulih dari penyakit. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.