Amelina dinasihat ikut jejak Iwan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Amelina dinasihat ikut jejak Iwan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Amelina dinasihat ikut jejak Iwan








Kemunculan semula penyanyi dangdut, Amelina, dikritik hebat kerana penyanyi itu dikatakan tidak menyumbang apa-apa dari sudut pembangunan insan menerusi aksi dan lagu dang#dutnya.



Siti Jarum menerusi pojoknya di Mingguan Malaysia, berkata penampilnya kini belum berjaya menjarakkan Amelina dengan dunianya sejak 15 tahun lalu.



“Siti antara orang yan#g gembira apabila penyanyi dangdut Amelina berhenti menyanyi 15 tahun lalu. Siti pernah menulis dalam ruangan pojok ini 10 tahun lalu. Siti mengalu-alukan keputusan Amelina untuk berkahwin dan membina hidup baru.



“Tetapi baru-baru ini tiba-tiba Amelina muncul kata nak menyanyi semula. Pasangan duetnya Iwan sudah berhijrah ke dunia baru. Seelok-eloknya Amelina mengikut jejak Iwan untuk tidak menambah virus dalam industri hiburan kita,” kata Siti Jarum.



Katanya, banyak laporan y#ang dibacanya mengenai penampilan semula Amelina sebahagian besarnya dilihat penuh hipokrit.










“Amelina, awak jangan percaya sangat dengan mereka yang memuji seolah-olah 15 tahun tidak menjejaskan mutu suara awak.



“Bagi Siti, awak sebaik-baikn#ya tidak menyanyi lagi kalau sekadar kembali ke jalan yang lama.



“Jangka waktu 15 tahun sudah berapa generasi penyanyi yang datang dan pergi. Ternyata Amelina telah terkeluar dari lingkaran,” katanya lagi.



Menurut Siti Jarum, pujian yang di#berikan adalah ayat-ayat klise sebahagian besar penulis hiburan.



“Takkan awak tak tahu yang mereka itu kerjanya memuji sahaja. Kalau ‘orang-orang’ menyanyi pun mereka puji,” katanya.



Ujar Siti, alasan tidak mahu mempe#rsia-siakan bakat tidak wajar digunakan kerana itu semua karut.



“Mana ada orang hebat kerana bakat? Itu semua karut.



“Mereka hebat kerana ilmu dan peng#alaman. Bakat hanya secebis ibarat percikan api di kepala mancis sahaja,” katanya.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Amelina dinasihat ikut jejak Iwan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.