Amalan makan uri bayi kian popular di Amerika Syarikat tersebar - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Amalan makan uri bayi kian popular di Amerika Syarikat tersebar harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Amalan makan uri bayi kian popular di Amerika Syarikat tersebar








WASHINGTON: Trend kesihatan datang dan pergi, tetapi satu trend yang kian popular di kalangan ibu baharu di Ame#rika Syarikat adalah untuk makan plasenta atau uri bayi.



Mereka yakin ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menghasilkan susu yang sihat dan menghindari kemurungan selepas bersalin.



Amalan tersebut turut meny#ebabkan kaum ibu menjauhkan diri dari perubatan moden untuk rawatan semula jadi, atau mengikut trend selebriti Hollywood yang sering mengetengahkan rawatan ‘New Age’ terkini.



Dikenali sebagai "placentophagy," ia memerlukan para ibu untuk makan uri yang kaya dengan zat besi dalam beberapa bentuk: cecair, pepejal atau dimasukkan ke dalam pil.



Sesetengah bidan menggalakkan amalan pemakanan uri untuk ibu juga.



"Uri membantu memulihkan badan anda dengan vitamin, mineral, hormon," kata seorang bidan Claudia Booker.










Untuk $270 (RM984.96) Booker akan memproses organ berkenaan untuk dijadikan pil dan boleh bertahan selama beberapa minggu.



Setakat ini, tiada kajian saintifik tentang bilangan ibu baharu yang mengambil bahagian dalam amalan ini.



Namun amalan ini popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk Alicia Silverston dan Januari Jones.



Terdapat juga buku memasak yang mengandungi resipi seperti lasagna dan tqcos yang mengandungi uri.



Amalan ini turut memberikan manfaat emosi.



Seorang ibu Laura Ransom dari Las V#egas, Nevada mengambil pil uri selepas kelahiran anak ketiganya dan berkata ia membantu beliau menguruskan jadual yang sibuk.



"Pil ini memberikan saya tenaga, mengawal emosi saya dan oleh itu saya benar-benar gembira. Ia turut membantu saya untuk menangani beberapa perkara setelah mendapat anak ketiga setelah kita berpindah dan juga sum#ai saya memulakan kerja baru,” katanya.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Amalan makan uri bayi kian popular di Amerika Syarikat tersebar. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.