11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014 - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014 harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014










Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlan#gsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.



Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.



Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150#,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.



Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.



Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para p#eserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.



Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn.










Dibawah ni 11 Info Menarik Mengenai Ku#mpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014



1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini



2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum berge#lar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar



3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga



4. Syaiful berhenti belajar ketika Tingkata#n Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga



5. Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka



6. Daripada silat itu juga, mereka handal mel#akukan aksi akrobatik



7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang terbaik



8. Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kau#m Bajau Simunul



9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong



10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gela#ran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.



11. Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
















Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 11 Info Menarik Mengenai Kumpulan ZERO, Juara Maharaja Lawak Mega 2014. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.