Umie Aida Tetap Sokong Suami Walaupun Rumah RM2.1 Juta Dilelong - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Umie Aida Tetap Sokong Suami Walaupun Rumah RM2.1 Juta Dilelong harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Umie Aida Tetap Sokong Suami Walaupun Rumah RM2.1 Juta Dilelong








Pelakon Datin Umie Aida, akan terus menyokong suaminya iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan walaupun selepas timbul isu kediaman mewah mereka di Mont Kiara di sini dilelong dengan nilai RM2.1 juta.



Umie atau nama sebenarnya Umie Aida Rahmad, 42, berkata, pihaknya terkejut dengan isu lelongan itu kerana tidak menerima sebarang notis bagi memaklumkan perkara berkenaan.



“Pihak kami tidak diberi sebarang notis. Ia mengejutkan. Sebagai isteri, saya akan terus sokong suami saya dalam keadaan susah dan senang. Saya akan tetap bersama dengan dia,” ujar Umie ketika dihubungi Melodi (TV3) pada siaran Ahad.



Terdahulu akhbar melaporkan, rumah Khairuddin, 52, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dalam satu acara lelongan yang diadakan di Hotel Istana dekat sini pada Sabtu lalu.










Kediaman itu dikatakan sudah dibeli oleh seorang wanita yang tinggal di Damansara selepas lelongan itu tidak dibida oleh mana-mana pihak.



Sekiranya rumah berkenaan sudah dibeli, ini bermakna Umie dan Khairuddin perlu mengosongkan kediaman berkenaan.



Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.



Dalam pada itu Umie tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan sebaliknya meminta mana-mana pihak bertanyakan sendiri kepada suaminya untuk maklumat lanjut.



Umie bagaimanapun menganggap perkara berkenaan mempunyai hikmahnya dan Allah itu menguji seseorang mengikut kemampuan masing-masing.



Pasangan berkenaan bernikah di Mekah pada Mac 2010.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Umie Aida Tetap Sokong Suami Walaupun Rumah RM2.1 Juta Dilelong. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.