Sejarah Kehilangan Pesawat Diseluruh Dunia - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Sejarah Kehilangan Pesawat Diseluruh Dunia harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Sejarah Kehilangan Pesawat Diseluruh Dunia










Kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac ta#hun lepas telah mengejutkan dunia.



Dengan peralatan canggih penerbangan pada abad ke-21 dan sistem pemantauan satelit, kehilangan MH370 membingungkan saintis dan pakar bagaimana pesawat moden sepanjang 63.7 meter itu bol#eh lenyap.



Satu-satunya data yang pihak berkuasa gunakan dalam pencarian pesawat itu ialah tujuh komunikasi automatik 'handshakes' antara pesawat dan stesen bumi yang membawa mereka ke kawasan terpenc#il di selatan Lautan Hindi, iaitu kedudukan penerbangan terakhir pesawat itu dipercayai berakhir.



Boeing 777-200 itu yang hilang ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penu#mpang dan anak kapal, bukanlah kapal terbang pertama yang hilang dalam sejarah pengangkutan udara kerana terdapat beberapa pesawat dilaporkan hilang di seluruh dunia.










Berikut beberapa kes ke#hilangan pesawat:



(sumber: Time Magazine, Forbes Magaz#ine dan Wikipedia)



* 1937 - juruterbang wanita Amerika Syarikat yang p#ertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.



* 2 Ogos, 1947 - Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang me#rempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.



- Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesa#wat itu dan penumpang.



- Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki wa#rga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.



* 30 Januari 1948 - Pesawat BSAA Star Tiger hilan#g di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.



- Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penum#pang.



* 17 Januari 1949 - Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, memb#awa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.



- Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbu#lkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.



* 30 Januari 1979 - Sebuah pesawat kargo Varig Br#azilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.



- Pesawat dan anak kapal gagal dite#mui.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sejarah Kehilangan Pesawat Diseluruh Dunia. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.