Rita Rudaini tuntut RM1,500 sebulan dari Aidil Zafuan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Rita Rudaini tuntut RM1,500 sebulan dari Aidil Zafuan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Rita Rudaini tuntut RM1,500 sebulan dari Aidil Zafuan










SHAH ALAM - Pelakon, Rita Rudaini menolak saranan peguam Aidil Zafuan Abd Razak bahawa tuntutan RM1,500 sebulan sebagai keperluan makan dan minumnya adalah melampau.



Rita Rudaini Mokhtar, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bahawa jumlah itu merangkumi perbelanjaan keperluan dapur.



"Sekiranya tidak bekerja, saya akan masak dan makan di rumah," katanya.



Menurutnya, dia memperuntukkan perbelanjaan makan dan minum sebanyak RM50 sehari.



"Setiap hari saya makan empat kali sehari," katanya.



Bagaimanapun pelakon tersebut bersetuju dia tidak menunjukkan sebarang dokumen yang menyokong perbelanjaan hariannya itu.



Selain itu, ibu kepada dua anak itu menuntut bayaran bil utiliti RM600 sebulan.










"Ia adalah berdasarkan bil semasa dan sekiranya lebih, saya tambah menggunakan duit sendiri," katanya.



Rita Rudaini turut memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu menggunakan Mercedes GLC 350.



" Selepas dia keluar dari rumah, saya tidak tahu status kereta itu dan saya juga tidak bersetuju kereta itu dibayar majikan.



"Selain itu dia juga mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster yang dibeli sebelum meninggalkan saya," katanya.



Terdahulu, peguam Aidil Zafuan, Rushdan Sujak Rafee memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir kerana sedang menjalani persiapan akhir Liga Malaysia.



Rita Rudaini yang diwakili peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan RM102,000 daripada Aidil Zafuan, 28, sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan di sini pada 26 September 2014.



Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan akan bersambung pada 27 Januari ini.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri















Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Rita Rudaini tuntut RM1,500 sebulan dari Aidil Zafuan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.