Perkataan Bahasa Tamil Yang Sering Digunakan Oleh Kita Dalam Kehidupan Harian - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Perkataan Bahasa Tamil Yang Sering Digunakan Oleh Kita Dalam Kehidupan Harian harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Perkataan Bahasa Tamil Yang Sering Digunakan Oleh Kita Dalam Kehidupan Harian






Sedarkah anda bahawa dalam percakapan harian kita sebenarnya terdapat pelbagai bahasa asing yang kita gunakan dengan mencampur aduk kesemuanya.



Banyak bahasa yang kita campurkan dalam perbualan harian seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil sesuai dengan masyarakat majmuk kita di Malaysia.



Kami akan berkongsikan kepada anda beberapa bahasa Tamil yang selalu digunakan oleh sesetengah orang Melayu dalam pertuturan seharian.



Jom kita lihat penggunaan bahasa tamil yang sering digunakan dalam pertuturan harian.










1. Dey/Dei

Perkataan panggilan yang kurang sopan kepada seseorang sama maksud dengan perkataan "Woi".



2. Poda

Poda bermaksud, Berambus kau lelaki dan Pode bermaksud , berambus kau bagi perempuan. Apabila anda sedang marah, maka perkataan ‘poda’ ini sering digunakan, lebih-lebih lagi golongan anak mami di utara tanah air.



3. Elek

Elek digunakan untuk memberitahu "sudah tiada" ataupun "habis". Perkataan ini selalu diajar kepada kanak-kanak yang baru belajar bercakap. Contoh ayatnya, sambil memusingkan tangan dan berkata "Susu dah elek".



4. Sapadek

Digunakan untuk kata ganti makan. Selalu kedengaran bila berada di restoran mamak bukan?



5. Anne

Perkataan tamil bagi “Abang”. Contoh penggunaan yang sering kita dengar, “Anne, teh o ais satu!”



6. Minnaci

Perkataan ini bermaksud "awek" selalu juga digunakan oleh sesetengah lelaki dan wanita yang merujuk kepada kawannya ataupun semasa sedang marah kepada seseorang perempuan.



7. Macha

Bermaksud ‘abang ipar’ . Sering digunakan untuk memangil kawan, penggunaanya lebih kurang sama seperti “Anne”



Anda pembaca artikel ini selalu guna atau tidak perkataan ini? kalau ada perkataan Tamil lain yang selalu digunakan anda dalam kehidupan harian bolehlah kongsikan dengan admin dalam ruangan komen di bawah.



#Nota: Kalau terdapat kesilapan admin minta maaf dan akan diperbetulkan. Terima Kasih kepada yang menegur.

#Tiada niat untuk menyentuh sensetiviti bangsa, kita rakyat Malaysia berbilang kaum sudah pasti akan terikut bahasa kawan-kawan kita yang lain.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Perkataan Bahasa Tamil Yang Sering Digunakan Oleh Kita Dalam Kehidupan Harian. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.