Pembatalan Sidang Media Khas MH370 Undang Kemarahan Rakyat
KUALA LUMPUR- Bukan sahaja media yang hadir di bangunan Podium A Jabatan Penerbangan Awam kecewa kerana pulang dengan tanpa berita, malah rata-rata rakyat Malaysia turut kecewa dengan pembatalan saat akhir sidang media berkenaan.
Kekecewaan itu dapat dilihat didalam media sosial Twitter dan Facebook.
Berikut antara status dan komen-komen yang dimuat naik oleh rakyat Malaysia menerusi media sosial.
“Kenapa batal? Adakah misteri sudah terungkai?”, Azhar Ahmad , Kajang.
“Batal kerana kehadiran ahli keluarga mangsa? Media buat siaran langsung, mereka tetap tahu, benar-benar mengecewakan”, Izzati Anuar , Kampung Pandan KL
“Apakah yang cuba disorok oleh DCA? Tunggu depan tv setengah jam tapi batal, kecewa”, Azrul Rosli Ipoh Perak.
“Kalau ahli keluarga tidak dibenarkan hadir, lain kali tulis disitu jemputan terhad untuk media sahaja, DCA tak matang-matang lagi” Selamat Ibrahim , Pontian.
“Batal saat akhir, apa perasaan ahli keluarga mh370 yang hadir?”, Anuar Ahmad.
Ternyata kemarahan dan kekecewaan rakyat dapat dilihat di media sosial, harap perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang.
Photo Mstar -sumber
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment