Lelaki DiPotong Alat Sulit Akibat Curang merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Lelaki DiPotong Alat Sulit Akibat Curang membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Lelaki DiPotong Alat Sulit Akibat Curang






China – Selepas menjadi terkenal kerana alat sulitnya dipotong dua kali oleh isteri akibat kecurangannya, seorang lelaki, Fan Lung, 32, kini sekali lagi menjadi tumpuan.

Kali ini, dia ditawarkan menjadi pelakon dalam filem lucah bersama dengan perempuan simpanannya, Zhang Hung, 21.

Tawaran dibuat oleh sebuah syarikat filem lucah, Bang You menerusi sepucuk surat kepada Fan.

Bang You juga bersedia menyediakan kos penerbitan dan pengedaran sementara semua keuntungan akan diperolehi 100 peratus oleh Fan.

“Tujuan kami adalah untuk membantu daripada aspek kewangan dan dalam masa yang sama mengembalikan semula keyakinan Fan dalam hubungan seks,’’ demikian tulis Bang You kepada Fan.


Fan menjadi terkenal selepas kecurangannya dikesan oleh isterinya, lalu wanita berkenaan bertindak memotong alat sulitnya.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital dan alat sulit berkenaan berjaya disambung semula.

Sementara isterinya yang masih belum berpuas hati, kemudiannya secara diam-diam menyelinap ke dalam hospital dan bertindak memotong sekali lagi alat sulit Fan yang telah disambung itu, lalu membuangnya.

Alat sulit berkenaan tidak dapat ditemui dan dipercayai dimakan kucing atau anjing liar.

Isterinya kini berdepan hukuman penjara sementara kekasih Fan, Zhang pula telah menyatakan kesetiaannya dan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki itu, meskipun dia sudah hilang kelakiannya.

“Saya tidak kisah jika dia tidak subur , lagipun dia sudah ada lima orang anak,’’ kata Zhang.






Artikel Lelaki DiPotong Alat Sulit Akibat Curang ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.