Keanggotaan perpustakaan Negeri Sembilan percuma - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Keanggotaan perpustakaan Negeri Sembilan percuma harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Keanggotaan perpustakaan Negeri Sembilan percuma










SEREMBAN - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) memberi kemudahan keanggotaan perpustakaan percuma bermula Januari 2015 ke arah meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan.



Pengarahnya, Jamilah Katis berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat anggota Lembaga Pengarah PPANS pada 12 Dis 2014 yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang juga pengerusi PPANS, Datuk Mat Ali Hassan.



"Mat Ali berkata pengecualian bayaran keahlian perpustakaan merupakan inisiatif PPANS dalam membantu menggalakkan lebih ramai masyarakat Negeri Sembilan membudayakan amalan membaca.










Kita mahukan rakyat yang bijak, berfikiran luas, kreatif dan kritis dalam membangunkan negara tercinta ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Sebelum ini PPANS mengenakan bayaran keanggotaan RM10 bagi dewasa, RM5 bagi remaja dan RM3 bagi kanak-kanak.



"Kunjungilah perpustakaan yang berhampiran rumah anda kerana segala perkhidmatan yang disediakan kerajaan adalah untuk kemakmuran masyarakat," kata Jamilah.



PPANS mempunyai 85 buah perpustakaan awam di Negeri Sembilan iaitu 25 buah perpustakaan ditadbir sepenuhnya oleh PPANS dan 60 buah Perpustakaan Desa yang ditadbir bersama Perpustakaan Negara.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Keanggotaan perpustakaan Negeri Sembilan percuma. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.