Ibu kelar leher 3 anak supaya berhenti Menangis merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Ibu kelar leher 3 anak supaya berhenti Menangis membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Ibu kelar leher 3 anak supaya berhenti Menangis






Seorang ibu yang ditahan selepas menggelar leher tiga anaknya termasuk sepasang kembar berusia sembilan bulan mendakwa berbuat demikian untuk menghentikan tangisan kanak-kanak berkenaan agar ia tidak mengganggu suaminya.

Christina Booth, 29, berkata, dia mencapai tahap hilang kawalan selepas ketiga-tiga anaknya yang berusia dua tahun dan pasangan kembar berumur enam bulan itu tidak berhenti menangis, sebaik sahaja mereka cuba ditidurkannya.

Booth memberitahu polis, dia kemudiannya turun ke dapur dan mengambil pisau sebelum menggelar leher anak-anaknya itu.

Dia yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengaku berbuat demikian kerana suaminya, yang juga seorang anggota tentera, Thomas Booth amat tidak suka apabila anak mereka menangis.

Justeru dengan membunuh kanak-kanak itu, Booth berpendapat ia dapat membuat mereka diam, demi kerana Thomas.





Namun nasib baik kanak-kanak berkenaan dapat diselamatkan selepas Thomas masuk ke bilik tidur mereka dan mendapati isterinya yang memakai seluar dalam dan anak mereka berada dalam keadaan berlumuran darah.

Thomas kemudiannya mengarahkan isterinya menghubungi 911 dan dia juga membalut luka anaknya itu untuk menghentikan pendarahan.

Kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan diletakkan di bawah kawalan pusat perlindungan kanak-kanak.

Dalam pada itu, jiran tetangga pasangan itu memberitahu keluarga berkenaan berada dalam keadaan tertekan dan sering bergeseran.

Booth dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $3 juta dolar dan didakwa dengan tiga tuduhan cuba membunuh.Credit c2cni




Artikel Ibu kelar leher 3 anak supaya berhenti Menangis ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.