Cerita ‘unsung hero’ di SK Manek Urai Lama - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Cerita ‘unsung hero’ di SK Manek Urai Lama harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
SHAH ALAM - Tindakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di Kuala Krai yang menghantar pesanan ringkas kepada pasukan penyelamat kemudian menutup telefon bimbitnya bagi menjimatkan bateri mampu menyelamatkan nyawa ratusan mangsa banjir yang terperangkap di sekolah itu.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkongsi cerita tersebut ketika menjadi panel pada Wacana Sinar Harian siri ke-34, Kelantan Pasca Banjir: Bicara Hati ke Hati Pas, Umno Bangunkan Semula Kelantan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Ketika kejadian pada 25 Disember lalu, pelbagai maklumat tersebar di aplikasi WhatsApp dan laman sosial mengaitkan sekolah berkenaan.
Namun, kata Md Alwi, bantuan yang dihantar pihak berkuasa tidak dapat sampai ke lokasi pada malam kejadian tersebut.
“Misalnya SK Manek Urai Lama yang tersebar WhatsAapp kata 200 orang mati...runtuh. Sebenarnya pada malam 25 Disember itu, Datuk Mustafa (Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed) ketika itu masih di Mekah dan saya menghubungi Panglima Angkatan Tentera sebab ramai wakil rakyat dah minta tolong.
“(Selepas) Itulah helikopter pergi (ke sekolah). Untuk makluman di sekolah itu, mereka berpindah dari tingkat satu ke tingkat empat. Bayangkan mereka di sana dari 24 Disember hingga 26 Disember. Kita hantar helikopter dan bot tapi tak boleh masuk,” ceritanya.
Mengimbas kembali situasi itu, beliau menyebut tentang seorang guru yang tidak diceritakan jasanya.
“Ada seorang cikgu...dia memang ‘unsung hero’. Telefon bimbitnya masih mempunyai bateri jadi, dia SMS kemudian dia tutup telefon untuk jimat bateri. SMS dia lah sebenarnya yang datang meminta tolong.
“Nasib baik bomba ada kenderaan amfibia bomba, pada malamnya, kenderaan ini sampai ke sekolah tapi bukan SK Manek Urai Lama, sekolah yang sebelah lagi. Sebab elektrik dah putus dan tak dapat nak beri ‘signal’, dia hanya dengar bunyi enjin bot.
“Kemudian dia hubungi kita balik. Alhamdulillah pagi esoknya, barulah helikopter dapat masuk dan Tan Sri Panglima Tentera Darat sendiri turun dengan tali bawa makanan dan air kepada mereka,” katanya.
25 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan lebih 400 mangsa banjir yang terpaksa mendiami tingkat tiga SK Manek Urai Lama berikutan air menenggelamkan sehingga tingkat dua bangunan berkenaan, dilaporkan selamat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Cerita ‘unsung hero’ di SK Manek Urai Lama

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Cerita ‘unsung hero’ di SK Manek Urai Lama. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment