Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun










PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham dijatuhi hukuman penjara dua tahun o#leh Mahkamah Rayuan di sini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.



Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif menolak rayuan akhir beliau terhadap sabitan kesalahan bagaimanapun membenarkan rayuan supaya tempoh hukuman penjara dikurangkan daripada empat tahun kepada dua tahun.



Dalam keputusannya, Raus berkata Dr Noor Soeraya, 42, mengetahui bahawa dokuman yang digunakannya bukan dokumen tulen.



"Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa terdapat keterangan yang jelas bahawa beliau tahu atau mempunyai sebab untuk percaya baha#wa dokumen berkenaan bukan tulen, bagaimanapun beliau menggunakannya bagi kepentingan kewangannya," katanya.



Raus, yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Zakaria Sam menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap satu daripada empat kesalahan yang disabitkan terhadap Dr Noor Soeraya namun memerintahkan supaya kesemua hukuman itu berjalan serentak.












Mahkamah turut mengekalkan denda RM10,000 ya#ng dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Dr Noor Soeraya bagi setiap pertuduhan.



Pada 21 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan pembebasan Dr Noor Soeraya dan mendapatinya bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan dan satu pertuduhan utama mengemukakan surat kenaikan pangkat dan pengesahan gred jawatan beliau yang dipalsukan untuk memperoleh secara salah penyelarasan gaji serta elaun.



Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjaran empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan sere#ntak.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan di Jalan Pantai, Seremban dan di bahagian pentadbiran veterinar di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.



Dr Noor Soeraya pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada akhir kes pembelaan bagaimanapun berikutan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Sahkamah Sesyen dan mensabitkan seterusnya menjatuhi hukuman penjara terhadap beliau. Dr Noor Soeraya diwakili peguam Faiz Fadzil manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencega#han Rasuah Malaysia Afifah Yusof mewakili pendakwaan.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.