BAPA TRAUMA TERGILIS ANAK SENDIRI merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga BAPA TRAUMA TERGILIS ANAK SENDIRI membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
BESUT - Tragedi yang berlaku malam kelmarin, menjadi igauan buruk seumur hidup bagi seorang bapa, Rusli Ibrahim, 47.
Apa tidaknya, insiden yang berlaku pada jam 10.15 malam itu mengakibatkan dia kehilangan anak kesayangan, Ruslina Puteri Batrisyia, 2, yang menjadi mangsa korban kereta dipandunya sendiri.
Lebih menyayat hati apabila mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri di bahagian belakang kereta selepas dilanggar kereta jenis Mercedes yang dipandunya.
Kejadian berlaku di Taman Perumahan Fatimah Al Zahra, Tok Dor, di sini, ketika Rusli cuba mengalih kereta yang diletak di luar pagar rumah.
“Ketika saya mengundurkan kereta untuk dialihkan ke dalam garaj hadapan rumah, tiba-tiba kereta seperti terlanggar sesuatu. Masa itu kereta baru sahaja bergerak.
“Saya bergegas keluar dan mendapati anak saya terlantar di situ. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu melihat dia sudah tidak sedarkan diri... saya tidak sedar dia berada di situ,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor.
Rusli bersama isteri dibantu jiran kemudian membawa mangsa ke Hospital Besut untuk rawatan, namun sebaik tiba doktor mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia.
Menurutnya, kejadian itu sangat memilukan memandangkan mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu sangat manja dengannya.
“Arwah antara anak yang paling rapat dengan saya, malah dia tidur pun dengan saya. Sudah tentu kemalangan ini meninggalkan kesan mendalam kepada saya buat selama-lamanya,” katanya.
Kata Rusli, sebelum kejadian, ketika dia menuju ke kereta tersebut, anaknya itu berada bersama isterinya di muka pintu rumah.
Namun tanpa disedari isterinya, mangsa dikatakan pergi ke belakang kereta tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan kejadian dan menurutnya polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala.
“Bapa mangsa telah diambil keterangan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya.-sumber
BAPA TRAUMA TERGILIS ANAK SENDIRI

Artikel BAPA TRAUMA TERGILIS ANAK SENDIRI ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment