Bahaya Minum Teh Panas dan Teh Ais Untuk Kesihatan! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Bahaya Minum Teh Panas dan Teh Ais Untuk Kesihatan! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Bahaya Minum Teh Panas dan Teh Ais Untuk Kesihatan!








Semestinya teh panas atau teh ais menjadi pilihan buat kita sebagai rakyat malaysia jika mengunjungi restoran atau kedai-kedai makan.



Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa minuman ini sebenarnya mempunyai keburukan masing-masing bergantung kepada cara pengambilan dan jumlah pengambilan.



Bahaya Teh Panas



Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.



Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.



Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2 minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4 minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.












Bahaya Minum Teh Ais



Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik sama ada di warung pinggir jalan hingga restoran mewah, ianya turut menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.



Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.



Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.



Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.



Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .

Bukan tak boleh minum langsung, tetapi kita perlulah pandai menghadkan dan mengawal cara pengambilan minuman tersebut.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Bahaya Minum Teh Panas dan Teh Ais Untuk Kesihatan! . Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.