Awie Digelar Anak Derhaka - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Awie Digelar Anak Derhaka harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Awie Digelar Anak Derhaka










Pengacara, pelakon dan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie mengaku dan menggelar dirinya sebagai anak derhaka kerana baginya dia belum cukup baik dalam menjaga ibunya. Ibu Awie baru sahaja meninggal pada bulan Disember 2014 akibat komplikasi penyakit tua.



Awie juga tidak terlalu meratapi pemergiaan ibunya kerana mengambil ikhtibar ketika dia meratapi pemergian bapanya sehingga sasau.



Awie juga bertekad memberi sinar dan cahaya baru kepada keluarganya dan kini baginya kekasihnya adalah anak-anaknya.



“Saya ralat kerana arwah emak menjaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana sebab itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya.












“Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hamper empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut.



“Penderitaan itu yang memberi kesedaran kepada saya dan saya bertekad untuk memberikan sinar baru dalam keluarga saya tanpa duka cita. Saya tahu banyak pihak mempunyai tanggapan negatif terhadap saya namun ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perkara itu.



“Malah arwah bapa juga turut berpesan kepada saya untuk menjadi diri sendiri dan perkara itulah yang menjadikan saya sebagai diri saya sendiri hingga ke hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada kata-katanya itu yang menjadi kata-kata semangat buat diri saya,” katanya.





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Awie Digelar Anak Derhaka. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.