Adik Ainaa Amanda dah ada Tangan Baru merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Adik Ainaa Amanda dah ada Tangan Baru membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Adik Ainaa Amanda dah ada Tangan Baru






Pendang: “Cikgu suruh adik (Amanda) bawa tangan baru ke sekolah untuk tunjuk pada kawan-kawan,” spontan kata Ainaa Amanda Shahzali, 7, kanak-kanak perempuan yang tiada pergelangan tangan kanan mengenai tangan mekanikal yang diterimanya, kelmarin.

Amanda berkata, gurunya memintanya membawa tangan mekanikal itu ke sekolah bagi ditunjukkan kepada rakan selain memudahkan proses pembelajaran.

“Adik rasa tidak sabar membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan tetapi perlu membiasakan diri menggunakannya.

“Apabila memiliki tangan (mekanikal) ini, adik kini boleh mengemas sendiri bilik dengan lebih cepat tanpa pertolongan mama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelutong, Tobiar, di sini, semalam.

Amanda menerima tangan ‘bionik’ berkenaan daripada seorang ahli perniagaan, Sujana Mohd Rejab, 47, kelmarin, yang prihatin dengan nasib kanak-kanak itu selepas disiarkan akhbar ini, minggu lalu.

Ibunya Habibah Hassan, 42, berkata dia belum membenarkan anaknya memakai tangan baru itu ke sekolah kerana perlu membiasakan diri yang mengambil tempoh antara sebulan sehingga tiga bulan dan setakat ini Amanda hanya boleh memegang benda besar dan ringan.

Menurutnya, Amanda perlu membuatkan dirinya berasa selesa apabila menggunakan tangan mekanikal itu agar dia dapat memberi reaksi dengan baik disebabkan ia masih baru sekali gus memerlukan keyakinan diri.

“Walaupun masih baru menggunakannya, namun Amanda sudah kelihatan selesa dengan keadaan tangan barunya yang membantunya untuk berdikari biarpun pada mulanya dia agak ketakutan mungkin disebabkan sudah terbiasa tiada pergelangan tangan kanan.

“Dia (Amanda) tidak mahu memakai tangan mekanikal itu kerana keadaannya bersegi-segi dan menggelarkannya sebagai T-Rex tetapi selepas dipujuk beberapa kali, akhirnya dia akur untuk mencuba dan akhirnya dia suka tangan berkenaan.

“Reka bentuk tangan itu sedikit kasar kerana disalut dengan getah di sekeliling jari, namun ia masih di peringkat percubaan. InsyaAllah tangan mekanikal itu bakal dilakukan penambahbaikan dengan tekstur permukaannya menyerupai kulit manusia,” katanya.

Menurutnya, buat permulaan, tangan mekanikal berkenaan hanya dipakai di rumah untuk Amanda menyesuaikan diri sebelum boleh dibawa ke sekolah kerana tidak mahu anaknya menjadi perhatian kerana keunikan itu.

“Saya tidak mahu Amanda membawa tangan ini sekarang kerana bimbang dia mungkin rimas dan akan menanggalkannya atau membuangnya mahupun rosak ketika berada di sekolah.

“Biarlah Amanda betul-betul bersedia untuk memakainya dan tidak menanggalkan tangan ini kerana saya mahu dia menghargai pemberian ini.

“Walaupun tangan mekanikal ini tidak berapa sempurna, setidak-tidaknya ia sokongan terbaik untuknya dan percaya Amanda dapat merasai peluang untuk sama-sama menerokai dunia kanak-kanaknya dengan lebih luas seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun masih baru menggunakannya, namun Amanda mampu mengadaptasi tangan mekanikal itu dengan keadaan sekelilingnya.

“Kalau dahulu Amanda terpaksa bersalam menggunakan tangan kiri, kini Alhamdulillah dia bersalam menggunakan tangan kanannya.

“Saya bersyukur dan terharu kepada Allah SWT apabila dikurniakan seorang anak yang bijak seperti Amanda kerana dia juga rajin membantu dalam melakukan kerja rumah walaupun belum mengerti apa-apa pada usia berkenaan tetapi saya rasa amat gembira dengan kehadirannya,” katanya.

Kisah Amanda yang kudung pergelangan tangan kanan sejak lahir mendapat perhatian ramai apabila video perbualannya dengan ibunya dalam kereta selepas pulang dari sekolah menjadi ‘viral’ di media sosial sepanjang minggu lalu.

Dalam temu bual eksklusif disiarkan Harian Metro 15 Januari lalu, Habibah memberikan jawapan menyentuh perasaan ramai apabila memberitahu Amanda tangannya berada di syurga sejurus kanak-kanak itu bertanya di mana tangannya yang kudung itu.

Keesokannya, Harian Metro melaporkan keadaan Amanda menjalani sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar, Pendang Kedah.

Malah, laman peminat Amanda di Facebook yang turut mengandungi log video (V-log) memaparkan aksi kepetahannya kini mempunyai 80,000 pengikut sejak diwujudkan pada 13 Januari lalu.-sumber





Artikel Adik Ainaa Amanda dah ada Tangan Baru ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.