UPDATE: PUNCA PESAWAT AIRASIA QZ8501 TIDAK DIBENARKAN NAIK 38,000 KAKI DIDEDAHKAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: PUNCA PESAWAT AIRASIA QZ8501 TIDAK DIBENARKAN NAIK 38,000 KAKI DIDEDAHKAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: PUNCA PESAWAT AIRASIA QZ8501 TIDAK DIBENARKAN NAIK 38,000 KAKI DIDEDAHKAN








TANGERANG (Indonesia): Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia sempat meminta kebenaran untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki di udara dari paras 32,000 kaki namun permintaan itu ditolak oleh Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC).



"Pesawat terbang 32,000 kaki dan ke kiri, naik ke 38,000 kaki. Tetapi untuk naik 38,000 kaki, belum diizinkan kerana di atasnya masih ada pesawat," kata Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmodjo di Bandara Soekarno-Hatta, di sini.



Beliau berkata, pada awalnya, pesawat sempat meminta membelok ke kiri untuk menghindari awan dan dibenarkan, namun selepas itu permintaan juruterbang untuk naik ke paras ketinggian baharu ditolak.



"Dari lokasi, berdasarkan radar cuaca, keadaannya memang tidak bagus. Ada awan comulonimbus (CB)," kata Djoko.




Lokasi terakhir QZ8501 (Radar Cuaca)

Pesawat QZ8501 yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura itu terputus hubungan jam 7.55 pagi waktu tempatan semalam.



Berdasarkan waktu ia terputus hubungan, pesawat mungkin berada di sekitar wilayah Tanjung Pandan, Bangka Belitung dan Pontianak.



Pesawat sempat menghubungi ATC Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta untuk meminta kebenaran bergerak ke kiri dan naik ke ketinggian 38,000 kaki dari 32,000 kaki.



Permintaan untuk ke kiri dipersetujui, namun untuk menaikkan ketinggian ditolak sebelum pesawat kemudian terputus hubungan. - Kompas.com




UPDATE: PUNCA PESAWAT AIRASIA QZ8501 TIDAK DIBENARKAN NAIK 38,000 KAKI DIDEDAHKAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.