Terkini : Syafiqa trauma lihat lelaki bertopi keledar - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Terkini : Syafiqa trauma lihat lelaki bertopi keledar harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Terkini : Syafiqa trauma lihat lelaki bertopi keledar








Pasir Puteh : Gadis cantik yang cedera ditoreh di muka oleh penyamun, Nur Syafiqa Lah, 22, mengalami trauma yang serius sehingga berasa takut setiap kali melihat lelaki bertopi keledar.



Katanya, buat masa ini dia masih belum berani keluar rumah bersendirian dan seboleh-boleh cuba mengelak daripada bertembung dengan mana-mana lelaki yang memakai topi keledar.



"Kalau dalam rumah pun orang boleh buat macam ini, saya tak boleh bayangkan kalau saya bersendirian di luar.

“Kejadian ini mengajar kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati walaupun berada di dalam rumah sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, di sini hari ini.



Dalam kejadian Ahad lalu, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya.



Akibat kecederaan itu, dia menerima 30 jahitan di muka, kepala dan telinga manakala ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58, turut parah apabila menerima nasib sama dalam kejadian tersebut.










Terdahulu, keluarga Nur Syafiqa menerima kunjungan rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad bagi memberi sokongan moral kepada kedua-dua mangsa.



Nur Syafiqa dalam pada itu bersedia menimbang untuk mendapatkan rawatan di luar negara sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup menajanya.



Katanya, setakat ini dia belum menerima tawaran daripada mana-mana pihak yang mahu membiayai rawatan tersebut.



"Bagaimanapun, pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) memberi jaminan kesihatan saya akan pulih dalam tempoh enam bulan lagi," katanya.



Sementara itu, Rahimah ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, pihaknya bersedia menaja perbelanjaan termasuk kos perubatan Nur Syafiqa ke luar negara sekiranya gadis itu terpaksa mendapatkan rawatan di sana.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Terkini : Syafiqa trauma lihat lelaki bertopi keledar. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.