Sayu hati ini : Wajah pasangan lemas di tali air, cinta mereka hingga ke mati - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Sayu hati ini : Wajah pasangan lemas di tali air, cinta mereka hingga ke mati harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Sayu hati ini : Wajah pasangan lemas di tali air, cinta mereka hingga ke mati








Sungai Besar : “Mereka merancang bertunang bulan ini dan berkahwin Januari depan, malah anak saya sudah memilih warna putih sebagai tema majlis,” kata Zaleha Talib mengenai anak lelaki bersama teman wanitanya yang lemas dalam tali air di Parit 9 Timur, di sini .



Anak Zaleha, Azizul Arifin, 21, dan kekasihnya, Intan Norliyana Mohammed, 18, gagal dikesan sejak malam Isnin lalu selepas keluar menaiki motosikal.



Kehilangan mereka akhirnya terjawab selepas mayat kedua-duanya ditemui jam 8 pagi semalam dan polis percaya mangsa lemas selepas motosikal Honda EX5 dinaiki mereka terbabas ketika hujan lebat malam Isnin lalu sebelum terjunam ke dalam tali air.



Zaleha berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu jam 4 petang Isnin lalu, arwah beria-ia menyuruhnya memasak ikan gelama goreng berlada yang menjadi kegemarannya.



“Dia rancak bercerita mengenai majlis pertunangan dan pernikahannya termasuk mahu menggunakan khemah, pakaian dan hantaran bertemakan putih,” katanya ketika ditemui semalam.











Menurutnya, sejurus Mohammad Azizul keluar rumah menaiki motosikal untuk ke rumah emak saudaranya, dia terus memasak lauk kesukaan anaknya itu.



Namun, kata Zaleha, anaknya tidak pulang sehinggalah dimaklumkan mengenai penemuan dua mayat di Parit 9 Timur pagi semalam.



Menurutnya, arwah anak bongsu daripada tujuh beradik juga sudah merancang untuk mengikuti kursus perkahwinan.










“Tarikh bertunang dan kenduri kahwin masih dalam proses perbincangan antara kedua-dua pihak, namun semua itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.



Zaleha dari Kampung Baharu Nelayan di sini berkata, anaknya memaklumkan dia mahu mengunjungi rumah kakaknya di Parit 11 bersama Intan Norliyana yang bekerja di sebuah kedai kek di Sungai Besar.



“Saya dimaklumkan arwah mengunjungi, malah sempat bermain-main dan mengucup anak saudara arwah yang masih bayi. Kedua-duanya juga sempat makan malam di situ sebelum pulang.



“Mereka pulang dalam keadaan hujan lebat dan selepas itu kami gagal mengesan mereka lalu membuat laporan polis pada jam 9.36 malam kelmarin selepas hampir 12 jam tidak pulang,” katanya. Al-fatihah



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sayu hati ini : Wajah pasangan lemas di tali air, cinta mereka hingga ke mati. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.