Sayu hati ini : Jadi manusia yang baik pesanan arwah ibu Awie untuk nya - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Sayu hati ini : Jadi manusia yang baik pesanan arwah ibu Awie untuk nya harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Sayu hati ini : Jadi manusia yang baik pesanan arwah ibu Awie untuk nya








Ulu Kelang : “Habis seperiuk lauk rendang ayam dimasak emak saya makan, tak sangka itulah masakan terakhir arwah yang sempat saya rasa,” kata rocker terkenal, Azhar Othman atau Awie, 48, menceritakan semula kejadian malam sebelum pemergian ibunya, Azizah Abd Hamid, 75, jam 8 pagi semalam.



Vokalis kumpulan Wings itu ketika ditemubual di kediaman arwah ibunya, berkata, selain rendang, ibunya juga menyediakan hidangan ikan bilis goreng berlada dan kerana kelazatan masakan air tangan ibunya agak luar biasa berbanding sebelumnya, Awie sempat meminta resipi.



“Hidangan makan malam semalam (tadi) memang sangat sedap berbanding masakan emak sebelum ini. Satu periuk rendang ayam saya habiskan sebaik pulang dari latihan pementasan teater Takhta 3 Ratu di Istana Budaya. Malah, satu lagi menu ikan bilis berlada dimasak arwah sempat saya tanyakan resipinya,” katanya.



Azizah dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya di Ukay Perdana, Ampang, sebelum ia disedari pembantu rumah. Anak Awie iaitu Rizki turut menyedari kejadian itu.








Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di ‘group whatsapp’ sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi semalam.



Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yang menyanyi secara spontan yang ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya.



“Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia sakit.”



“Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.”










“Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,” ujar Awie kepada portal Murai.com.my.



Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari.



“Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih.



“Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,” kata Awie mengakhiri bicara.



Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sayu hati ini : Jadi manusia yang baik pesanan arwah ibu Awie untuk nya. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.