PROGRAM AGAMA DIBATALKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA KONSERT AMBANG 2015 PUTRAJAYA ! adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PROGRAM AGAMA DIBATALKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA KONSERT AMBANG 2015 PUTRAJAYA ! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





PROGRAM AGAMA DIBATALKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA KONSERT AMBANG 2015 PUTRAJAYA !







PUTRAJAYA - Karnival Raudhah yang akan diadakan pada 30 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) Putrajaya telah dibatalkan.



Menurut sumber, karnival itu terpaksa dibatalkan kerana ingin memberikan laluan kepada Konsert Ambang 2015 yang dianjurkan oleh pihak AmBank, yang diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya.



Konsert Ambang 2015 itu diadakan pada 31 Disember dan artis-artis yang terlibat adalah seperti Awal Ashaari, Fara Fauzana, Dira, Hafiz, Suki, Sweet Charity dan ramai lagi.



Berikutan dengan pembatalan karnival itu, penduduk Putrajaya meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan itu yang dilihat lebih mengutamakan konsert berbentuk hiburan berbanding dengan karnival keagamaan.






Sudahlah dalam tahun ini, Malaysia banyak ditimpa duka dan ujian seperti kehilangan pesawat MH370, pesawat MH17 ditembak jatuh, puting beliung kerap melanda. Ditambah pula dengan negeri-negeri di Pantai Timur yang kini dilanda banjir besar dan pelbagai lagi musibah yang lain.



Bukankah lebih baik sambutan malam tahun baru 2015 untuk kali ini tiada hiburan yang melalaikan. Tetapi digantikan dengan solat hajat perdana, zikir munajat perdana, ceramah perdana atau ucapan peringatan dari pemimpin negara agar rakyat Malaysia beragama Islam terus bersatu dan berpegang teguh pada syariat Islam?




PROGRAM AGAMA DIBATALKAN UNTUK BERI LALUAN KEPADA KONSERT AMBANG 2015 PUTRAJAYA ! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.