Peminat bola sepak wanita Malaysia muka tak malu! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Peminat bola sepak wanita Malaysia muka tak malu! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Peminat bola sepak wanita Malaysia muka tak malu!










Kemunculan pemain bola sepak Thailand bernama Charly Chappius di perlawanan pusingan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 tempoh hari, sememangnya mencuri tumpuan khususnya gadis-gadis di Malaysia.



Turut memiliki kemahiran bola sepak yang tinggi serta telah menjaringkan gol bagi pihak lawan ketika menentang Malaysia, pemain nombor 7 ini segera meraih perhatian kerana memiliki raut wajah yang kacak.



Ada yang mendakwa pemain kacak Thailand itu dikatakan persis Cristiano Ronaldo.



Sejurus perlawanan itu, biodata dan kisah jejaka kacak ini juga habis dibongkar hingga kekasih hati Charly, turut menjadi mangsa kutukan gara-gara ramai yang cemburu terhadap wanita yang mampu memiliki hati jejaka idaman mereka ini.



Kutukan gadis-gadis Malaysia itu dibaca oleh peminat Charly sendiri sehinggakan salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Hogan Markus, menegur sikap keterlaluan mereka.



Kata Markus, dia terkejut melihat Instagram milik pemain Thailand itu dipenuhi komen daripada gadis Malaysia yang selama ini didengarnya majoriti beragama Islam dan memakai tudung sebagai lambang maruah diri dan memiliki perasaan malu yang menebal.



Namun melihat komen yang dilontarkan, Markus berpendapat kebanyakan mereka tidak mempunyai perasaan malu.










Teguran oleh Markus itu dikongsikan oleh beberapa pengguna laman sosial dan rata-rata mereka malu dengan sikap tidak sopan yang ditunjukkan gadis Malaysia yang bertindak menghembur kata-kata hinaan kepada teman wanita Charly.



Zam Azman Salleh yang memuat naik ‘printscreen‘ komen Markus itu ke laman sosialnya berkata, dia sangat malu dengan sikap keterlaluan segelintir gadis Malaysia itu sehinggakan merosakkan nama gadis Malaysia yang lain.



Afiqah Ismail pula melabel gadis yang bertindak sedemikian sebagai gedik dan tidak sedar diri.



“Sibuk kutuk teman wanita Charly itu hodoh, padahal yang komen itu pun bukanlah cantik pun, muka masing-masing dah macam beranak 10. Tolonglah sedar diri dan jaga air muka sikit. Jangan terhegeh-hegeh,” katanya.





Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Peminat bola sepak wanita Malaysia muka tak malu!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.