Najib Prihatin Akan Tinjau Banjir Di Negeri Kelantan Esok - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Najib Prihatin Akan Tinjau Banjir Di Negeri Kelantan Esok harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Najib Prihatin Akan Tinjau Banjir Di Negeri Kelantan Esok










KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Kelantan esok untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu dan juga memantau usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir di empat negeri lain.



Setibanya, Najib akan mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, kerajaan negeri dan pasukan penyelamat setempat.



Najib berkata, beliau amat bimbang dengan banjir, dan bersimpati dengan mereka yang kehilangan rumah, dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.



"Ketika berada di luar negara, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara yang memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka yang terjejas.



"Tetapi saya mahu melihat sendiri keadaan dan bersama-sama rakyat," kata Najib, menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.










Sementara itu, kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata bahawa Perdana Menteri mengambil keputusan untuk kembali dari Amerika Syarikat untuk memantau usaha bantuan kecemasan dan akan mendarat di Kelantan pada Sabtu.



Jurucakap itu berkata semasa berada di luar negara, Perdana Menteri menerima maklumat terkini setiap hari tentang keadaan banjir di Malaysia.



Najib juga telah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara supaya meningkatkan usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir, menurut jurucakap itu.



"Berikutan laporan baru-baru ini bahawa keadaan terus bertambah buruk, Perdana Menteri berpendapat bahawa adalah perlu untuk pulang bagi memantau sendiri usaha penyaluran bantuan," kata jurucakap itu.



Semasa melawat Kelantan esok, Perdana Menteri juga akan menemui penduduk yang terjejas banjir dan membincangkan langkah-langkah baharu untuk membantu mereka yang terpaksa berpindah, kata kenyataan itu.





Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri















Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Najib Prihatin Akan Tinjau Banjir Di Negeri Kelantan Esok. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.