Melayu Yang Cemuh Kami Adalah Melayu Buta Dan Haprak - PERKASA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Melayu Yang Cemuh Kami Adalah Melayu Buta Dan Haprak - PERKASA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Melayu Yang Cemuh Kami Adalah Melayu Buta Dan Haprak - PERKASA








Mana-mana melayu yang menentang dan mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "Buta dan Haprak", tegas Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.



Perkasa sekarang sedang diuji dengan pelbagai tohmahan dan serangan dari kumpulan yang tidak sehaluan dengan kami katanya yang merupakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)



"Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan. Saya harap orang yang buta Perkasa ini celik, tidak sepatutnya mereka mengejek dan mencemuh kita, Lebih menyedihkan, ada orang Melayu yang mencemuh kita."



"Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," katanya yang dipetik dari portal Malaysian Insider.










Menurut beliau lagi, Perkasa tidak pernah memusuhi mana-mana pihak di Malaysia sebaliknya hanya mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.



"Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain.



"Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid. Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu.



"Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah. Ada pemimpin Pemuda, tapi macam tidak berfungsi, jangan berjalan macam itik, jaga Pemuda itu," katanya, dipercayai ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.



Perkasa juga tidak pernah berniat mencetuskan ketegangan, sebaliknya parti politik seperti DAP seringkali mencetuskan sentimen sedemikian.



"DAP adalah satu daripada pihak yang menimbulkan ketegangan, "Mereka cuba sekat pengembangan agama Islam,"



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Melayu Yang Cemuh Kami Adalah Melayu Buta Dan Haprak - PERKASA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.