Luahan Sayu Hati Individu 'Dilayan Seperti Haiwan Ternakan' Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Luahan Sayu Hati Individu 'Dilayan Seperti Haiwan Ternakan' Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Luahan Sayu Hati Individu 'Dilayan Seperti Haiwan Ternakan' Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar








"Haramjadah punya servis di Hospital Alor Setar Kedah ni, menyusahkan orang je. Sudahlah staff² yang bertugas sombong nak mampus. Kami datang bertanya tentang temujanji yang ditetapkan hari ini, tetapi diorang boleh buat tak tahu je. Jawab pun sambil lewa. Ada ke patut, suruh kami datang hari ini, tetapi doktor yang bertanggungjawab ambil cuti pula tanpa memberitahu pada kami terlebih dahulu. Mentang-mentang diorang ni kerja kerajaan, diorang boleh buat suka-suka hati je la kat kami ni?"



Demikianlah luahan hati seorang individu yang bernama Ajeli Anuar yang berang dengan tindakan kakitangan Hospital Alor Setar, Kedah yang didakwa melayani mereka seperti haiwan meskipun kedatangan mereka atas temujanji yang telah ditentukan oleh doktor yang bertugas.



Mangsa yang tidak berpuas hati dengan layanan kakitangan hospital terbabit, meluahkan rasa marah dan kesalnya di Facebook Group, Sungai Petani akan insiden yang dihadapinya itu.



Lokasi: Hospital Alor Setar, Kedah.

Jam: 11.15 pagi.

Tarikh: 18/12/2014 (Khamis)



Kami datang ke hospital hari ini kerana ada temujanji dengan doktor Syakir. Bila kami sampai di hospital tersebut, kami bertanya pada kakitangan yang bertugas hari ini di kaunter servis.



Apabila kami menunjukkan kad temujanji dengan doktor Syakir itu, tiba-tiba saja kakitangan berkenaan meninggikan suara kepada kami.



"Setiap hari Rabu dan Khamis, tiada klinik rawatan berkaitanlah," katanya.



Kami pun jelaskan kepada kakitangan itu yang kami datang bukan suka-suka. Kami datang bersebab dan atas temujanji yang ditetapkan oleh doktor Syakir.








Selepas mendengar penjelasan kami, kakitangan terbabit terus masuk ke dalam bilik di belakang kaunter. Ingatkan dia nak hubungi doktor Syakir dan tanya tentang temujanji itu, namun sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya mereka buat tak tahu je.



Kami tahu sebab kami nampak yang mereka tidak berbuat apa-apa yang berkaitan dengan kami sebab pintu tidak bertutup.



Lebih kurang 20 minit sudah berlalu, kami yang masih menunggu di kaunter itu memanggil semula kakitangan berkenaan. Respon yang kami terima sungguh tidak boleh diterima.



"Kan saya dah beritahu tadi? Hari Rabu dan Khamis tiada rawatan di klinik!" katanya.



"Saya tahu, masalah sekarang ini, doktor yang suruh kami datang hari ini pada jam 11.30 pagi. Kalau tak ada rawatan, kenapa suruh kami datang?" soal saya kepadanya.



Kakitangan terbabit terus tidak mengendahkan kami.



Kami mengambil semula kad temujanji itu dan merakam gambar di bawah. Terus kakitangan itu tadi menengking kami.








"Kenapa awak pandai-pandai ambil gambar di sini? Awak ada kebenaran ke?" katanya.



"Saya ambil gambar ini sebab kami nak beritahu pada umum yang servis di Hospital Alor Setar ini teruk. Kami nak semua orang tahu yang kakitangan Hospital Alor Setar ini melayan kami macam haiwan.



"Kalau ye pun hari ini tiada rawatan klinik, kenapa tidak maklumkan kepada kami terlebih dahulu sebelum ini? Macam hari ini pula, sepatutnya puan beritahu pada kami tarikh temujanji ini ditunda kepada tarikh yang lain. Tetapi puan marah pula pada kami.










"Macam ini ke cara penjawat awam melayan orang awam macam kami ini?".



Selepas itu kami terus beredar pulang.



Saya betul-betul terasa hati dengan sikap kakitangan di Hospital Alor Setar tadi itu. Saya sanggup tak pergi berniaga di pasar semata-mata nak membawa ibu saya berjumpa dengan doktor hari ini. Tetapi lain pula yang berlaku. Sudahlah ibu saya ini uzur, nak berjalan pun tak larat. Sampai ke Hospital Alor Setar, kena marah pula oleh kakitangan hospital. Macam ini ke layanan mereka pada warga emas?



________________________________________________________



Tidak hairanlah dari hal-hal sekecil ini menimbulkan persepsi yang buruk terhadap imej kerajaan dek penjawat awam di bahagian frontliner yang bekerja mengikut emosi, bukannya SOP. Kakitangan yang tidak bertanggungjawab seperti ini, wajar diambil tindakan tegas oleh Kementerian Kesihatan.



Rakyat tidak meminta untuk dilayan seperti raja apabila berkunjung ke premis kerajaan, tetapi cukuplah sekadar memberikan layanan asas yang sepatutnya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Luahan Sayu Hati Individu 'Dilayan Seperti Haiwan Ternakan' Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.