Luahan Hati Pengguna Yang Hampir Maut Kerana Kecuaian Pihak Proton merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Luahan Hati Pengguna Yang Hampir Maut Kerana Kecuaian Pihak Proton membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Luahan Hati Pengguna Yang Hampir Maut Kerana Kecuaian Pihak Proton






Saya telah membeli sebuah kereta Proton Pesona pada tahun 2010. Sehari selepas keluar dari “bilik pameran” kereta saya mengalami masalah iaitu kereta kehilangan kuasa pecutan dan mati di tengah jalan. Sebagai pengguna kita faham akan sedikit kerosakan dan percaya pihak pengeluar akan membaikinya sebaik mungkin.

Sangkaan saya meleset kerana selepas kejadian pertama, berlaku lagi beberapa bulan kemudian dan terus berlaku sehingga kali yang ke empat. Memandangkan masalah yang berlaku mengancam nyawa saya dan keluarga, saya mula takut untuk menggunakan kereta tersebut. Bayangkan ketika memandu di lebuh raya, kereta hilang kuasa dan mati secara tiba-tiba. Ada antara kejadian yg menyebabkan saya dan Isteri hampir-hampir dilanggar oleh pengguna jalanraya lain.

Yang lebih menyakitkan hati, Pihak Proton tidak dapat mencari punca kerosakan sebaliknya mula mencari alasan daripada bertanggungjawab. Alasan yang diberikan adalah pemain DVD yang saya baru pasang beberapa bulan sebelum kerosakan kali ke empat. Untuk memuaskan hati saya terima walaupun rasa diri terlalu bodoh untuk terus diperbodohkan. Memang alasan mereka meleset, kejadian sama berulang lagi beberapa bulan selepas itu. Untuk pengetahuan, pemain DVD tersebut tidak ada sewaktu kerosakkan pertama hingga ketiga. Pihak Proton sendiri mengakui akan hal ini.

Memandangkan kerosakan yang berulang kali dan saya minta pihak Proton untuk mengeluarkan surat jaminan yang perkara ini tidak berlaku lagi.






Berbulan-bulan saya tunggu pihak Proton bagi jawapan. Memang hampa. Akhirnya selepas tiga bulan menanti saya ambil keputusan untuk bawa perkara ini ke mahkamah.


Nasihat daripada kawan-kawan yang pernah bekerja di Proton memang benar. Apa juga alasan Mereka cakap Proton pasti menang. Saya kalah hanya di sebabkan resit pembelian DVD tidak disertakan.

Yang lebih pelik lagi Proton menang tuntutan parking kereta yang saya tidak ambil sejak dari hari kereta itu rosak. Peliknya sudahlah Pihak Proton tidak pernah menghubungi saya untuk mengambil malah tiada sebarang notis agar saya mengambil kereta tersebut agar tidak dikenakan sebarang bayaran. Proton mendakwa telah menghantar surat menggunakan pos biasa. Tapi saya memang tidak pernah terima apa-apa surat daripada Proton agar mengambil kereta itu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, saya turut diminta membayar kos penyimpanan kereta sebanyak RM13,000. Begitulah nasib rakyat marhaen seperti saya.

sumber



Artikel Luahan Hati Pengguna Yang Hampir Maut Kerana Kecuaian Pihak Proton ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.