Kucing Parsi Maut Akibat Dibuang Dari Tingkat 7 - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Kucing Parsi Maut Akibat Dibuang Dari Tingkat 7 harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Kucing Parsi Maut Akibat Dibuang Dari Tingkat 7






SEBAK... Harith Iskandar, pelajar International Tahfiz Darul Huffaz sebak kerana kucing ini menjadi teman dan dianggap sebagai adik padanya kerana mereka membesar bersama.



SHAH ALAM - Seekor kucing parsi ditemui mati di tingkat bawah dan dipercayai telah dibuang dari tingkat 7 oleh seorang wanita yang tidak berhati perut.



Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi semalam, pemilik kucing, Azean, 29, menemui kucing miliknya yang diberi nama Prince, mati di tingkat bawah Pangsapuri Komuter Raya, Seksyen 19 Shah Alam, Selangor.



Menurut Azean, pada jam 4.30 petang Isnin, dia pulang ke rumah sewanya yang turut didiami oleh dua orang rakan serumah, untuk mengambil barang-barang. Dan pada masa yang sama juga, dia telah meletakkan kucingnya di dalam sangkar dalam keadaan berkunci.



Pada jam 6 petang, Azean menerima sms dari rakan serumahnya, Nurul, memaklumkan bahawa ibu dan adiknya akan datang ke rumah untuk bermalam. Azean mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sewa kerana ingin memberi ruang kepada rakan dan keluarganya itu.



Bagaimanapun, pada jam 11 pagi semalam, Azean menerima panggilan dari Nurul dan memberitahu, kucing miliknya telah mati akibat terjatuh dari rumah, tingkat 7.



Azean bergegas pulang ke rumah dan mendapati, kucingnya telah mati di tingkat bawah dan keadaan sangkar pula berselerak.














Merasakan sesuatu yang tidak kena, Azean membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda kerana memgesyaki kucingnya mati disebabkan oleh Nurul yang sebelum ini pernah dan sengaja membuka pintu sangkar tanpa sebarang sebab.










Mengukuhkan lagi dakwaannya itu, Azean juga mendakwa, Nurul pernah mengeluarkan dan menyembunyikan kucing terbabit. Namun, apabila digertak mahu membuat laporan polis, secara tiba-tiba kucing terbabit muncul semula dalam keadaan yang sangat kotor.






Prince dihantar ke saloon untuk mandi selepas ditemui dalam keadaan yang kotor



“Prince tidak pernah keluar dari sangkar berkunci dan seekor kucing yang baik dan manja. Entah kenapa manusia sanggup bunuh dia yang tidak berdosa,” katanya.



Nurul cuba menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Azean dan enggan mengaku menjadi punca kematian kucing terbabit.



“Saya berasa hairan, bagaimana pintu sangkar boleh terbuka sendiri kalau tidak ada manusia yang membukanya? Saya berani mengesyakinya (Nurul) kerana semalaman saya tidak pulang ke rumah,” katanya.








Mahukan keadilan ke atas Prince, Azean membuat laporan polis dan menuntut ganti rugi terhadap kematian kucingnya itu.



Bapa suspek juga dilaporkan cuba mengugut Azean untuk berhubung dengan Ketua Polis Selangor apabila mengetahui pengadu telah membuat laporan polis.





Sumber





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri















Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kucing Parsi Maut Akibat Dibuang Dari Tingkat 7. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.