IS Campak Dan Rejam Kaki Jubo Dari Bumbung Bangunan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di IS Campak Dan Rejam Kaki Jubo Dari Bumbung Bangunan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




IS Campak Dan Rejam Kaki Jubo Dari Bumbung Bangunan








LONDON: Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay.



Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah.



Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.



Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya.



Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.








Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.



“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya.



IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan.



Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri













Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal IS Campak Dan Rejam Kaki Jubo Dari Bumbung Bangunan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.