VIDEO PENCURI MOTOSIKAL DIPAKSA BERJALAN ITIK KE BALAI POLIS JADI VIRAL adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya VIDEO PENCURI MOTOSIKAL DIPAKSA BERJALAN ITIK KE BALAI POLIS JADI VIRAL membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





VIDEO PENCURI MOTOSIKAL DIPAKSA BERJALAN ITIK KE BALAI POLIS JADI VIRAL








Tumpat: Padah curi motosikal, seorang remaja dipaksa berjalan itik selama lebih sejam menuju ke balai polis setelah dia berjaya ditangkap orang ramai ketika dia dan rakannya didakwa cuba mencuri sebuah motosikal di Kampung Palekbang, semalam.



Remaja yang berusia 18 tahun itu ditangkap oleh penduduk kampung pada jam 6 pagi. Bagaimanapun rakannya berjaya melarikan diri.



Kejadian itu pada mulanya disedari oleh isteri pemilik motosikal terbabit apabila terdengar rantai pengunci motosikal ditarik dengan kuat.



Suaminya yang turut terjaga akibat bunyi itu terus membuka pintu rumah dan ternampak kelibat dua lelaki berada dalam garaj rumah mereka sambil memegang alat pemotong keluli.



Suspek terkejut dan segera melarikan diri dnegan menaiki sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan namun gagal menghidupkan enjin kenderaan tersebut. Mereka kemudiannya nekad meninggalkan kenderaan itu dan cuba melarikan diri.



Salah seorang suspek berjaya ditangkap hasil bantuan penduduk kampung sebelum dipaksa berjalan itik dengan tangan terikat sehingga tiba di Balai Polis Palekbang pada jam 7.20 pagi. - Utusan Malaysia








VIDEO PENCURI MOTOSIKAL DIPAKSA BERJALAN ITIK KE BALAI POLIS JADI VIRAL ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.