Video : Anjing Di Gemas Jadi 'Polis Trafik' Supaya Kambing Boleh Melintas Jalan adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Video : Anjing Di Gemas Jadi 'Polis Trafik' Supaya Kambing Boleh Melintas Jalan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.




Video : Anjing Di Gemas Jadi 'Polis Trafik' Supaya Kambing Boleh Melintas Jalan








GEMAS: Anjing penjaga biri-biri adalah sesuatu yang biasa kita dengar tetapi, anjing penjaga kambing adalah sesuatu yang luar biasa. Di sebuah kampung berdekatan Gemas, terdapat seekor anjing yang menjaga kambing, tanpa disuruh oleh sesiapa.



Lebih mengagumkan lagi, anjing di Kampung Ulu Ladang, Londah ini sanggup membahayakan nyawanya setiap hari dengan memastikan jalan raya selamat untuk kambing-kambing jagaannya melintas ke seberang jalan.



Tuan kepada kambing-kambing berkenaan, Mismah Mahat, 50, berkata dia tidak tahu dari mana anjing tersebut datang tetapi di dalam pertengahan Jun dia terkejut setelah mendapati seekor anjing betina 'berumah' di kandang bersama-sama dengan 20 ekor kambing miliknya.



Kerana takut anjing tersebut akan mencederakannya, Mismah menghubungi emaknya, Salminah Wasiman, 70, dan mereka cuba menghalau anjing itu pergi. Bagaimanapun anjing tersebut enggan berganjak menyebabkan mereka membiarkan sahaja anjing tersebut disitu.








Anjing yang dinamakan "Sinar" itu akan menolong kambing-kambing miliknya melintas jalah setiap hari diantara pukul 2 petang - 4 petang.



"Sinar akan berada di hadapan dan berada di tengah-tengah jalan, seperti memberi isyarat kepada pengguna jalan raya untuk berhenti supaya kambing-kambing tersebut boleh melintas jalan".



"Perkara ini menyebabkan kami tersentuh hati dengan Sinar dan kami masih tidak percaya walaupun perkara ini terjadi dihadapn mata kami sendiri", jelas Mismah.



"Selain itu, beberapa orang penduduk memanggil Sinar sebagai anjing berani mati, kerana membahayakan nyawa sendiri utnuk melindungi kambing miliknya", kata Mismah dengan nada bangga.



Selain bertugas sebagai 'polis trafik', Sinar juga pakar dalam memastikan kambing-kambing jagaannya berada di laluan yang betul ketika mereka mencari makanan.



"Apabila saya lepaskan kambing saya dari kandang, Sinar akan menemani mereka. Sebagai contoh, jika kambing saya tersasar jauh dari kampung, Sinar akan berlari kehadapan dan memastikan kambing saya berada di laluan yang betul.", kata Mismah.



"Jika kambing-kambing itu memasuki rumah penduduk kampung, Sinar akan mengejar mereka keluar.", tambah Mismah lagi memetik laporan dari Free Malaysia Today.



Mismah turut menyatakan sebelum adanya Sinar, kambing-kambingnya banyak kali dicuri dari kandang atau mati ketika melintas jalan tetapi dengan adanya Sinar, kambing-kambing miliknya lebih selamat.



Sinar juga akan menyalak sekiranya orang luar cuba menghampiri kandang kambing-kambing milik Mismah.








Menurut Mismah, dia dan keluarga bersyukur dengan adanya Sinar menjaga kambing-kambing peliharaannya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Video : Anjing Di Gemas Jadi 'Polis Trafik' Supaya Kambing Boleh Melintas Jalan ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Saudara Ann iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.