Tak tahan diejek budak 3 tahun punca OKU 30 tahun membunuh - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Tak tahan diejek budak 3 tahun punca OKU 30 tahun membunuh harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Tak tahan diejek budak 3 tahun punca OKU 30 tahun membunuh








BEAUFORT 24 Nov. - Lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Selagon dekat sini, Jumaat lalu, dikatakan berbuat demikian kerana tidak tahan sering diejek mangsa.



Dia yang berusia 30 tahun sering diejek Mohd. Shariqal Sidek sejak berpindah ke kampung tersebut dan berjiran dengan keluarga mangsa yang juga mempunyai pertalian saudara dengannya, sejak empat bulan lalu.



Dendam lelaki berkenaan yang cacat di bahagian kaki akhirnya sampai kemuncak pada hari kejadian, menyebabkan dia bertindak ‘melarikan’ mangsa dengan keretanya sebelum menampar kepala kanak-kanak malang itu berkali-kali sehingga pengsan.



Panik apabila melihat kanak-kanak itu pengsan serta mulutnya berbuih, dia mencampakkan mangsa di tepi sebatang sungai di Kampung Jempangah berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John di sini, hampir 10 kilometer dari kawasan kejadian.



Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, lelaki itu mengaku sudah lama menyasarkan mangsa kerana berasa sakit hati.






‘‘Isteri suspek dan ibu kepada kanak-kanak itu mempunyai kaitan persaudaraan. Suspek ada seorang anak dan tidak memiliki rekod jenayah,’’ katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di sini, hari ini.



Mohd. Shariqal dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ketika bermain bersama dua orang abangnya iaitu Mohd. Syahfuddin, 8; dan Mohd. Syahrizam, 6, di kawasan kebun getah yang terletak bersebelahan rumah suspek.



Mangsa dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 6.30 pagi tanpa disedari ibunya, Samine Rawel, 24. Kedua-dua abang mangsa kemudian memaklumkan kepada ibu mereka tentang kehilangan Mohd. Shariqal.



Misteri kehilangan mangsa akhirnya terjawab apabila dia ditemui mati pada pukul 2.15 petang semalam selepas suspek yang ditahan membawa pihak polis ke lokasi penemuan mayat terbabit.



Mustaffa Maarof seterusnya memberitahu, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Katanya, pihaknya turut mengesahkan suspek tidak mempunyai rekod sakit mental.



‘‘Suspek merupakan OKU kerana cacat di bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya,’’ ujarnya.



Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu baru bekerja di ibu negara dan merancang untuk membawa keluarganya berpindah ke sana pada Februari nanti.



Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri











Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Tak tahan diejek budak 3 tahun punca OKU 30 tahun membunuh. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.