PENGAKUAN ISTERI CURANG, BERZINA DENGAN SUAMI RAKAN HINGGA HAMIL adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PENGAKUAN ISTERI CURANG, BERZINA DENGAN SUAMI RAKAN HINGGA HAMIL membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





PENGAKUAN ISTERI CURANG, BERZINA DENGAN SUAMI RAKAN HINGGA HAMIL









Assalamualaikum. Saya ingin minta pandangan ustaz tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya telah berzina dengan ramai lelaki termasuk dengan suami kawan saya sendiri sehingga saya mengandung dan telah menggugurkan kandungan itu. Kawan saya telah tahu saya berzina dengan suaminya.



Sekiranya saya ingin bertaubat, adakah saya perlu minta maaf dengan kawan saya itu dan suami saya sendiri? Tolonglah saya selesaikan masalah saya ini.



* Mariati, Pasir Puteh, Kelantan



UKE: Puan Mariati, perbuatan berzina merupakan satu dosa besar di dalam Islam. Saya menasihatkan puan supaya bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak boleh menangguh-nangguhkan bertaubat. Pada pendapat saya, di dalam memohon maaf kepada kawan Mariati adalah memadai bertaubat kepada Allah SWT kerana dibimbangi apabila Mariati memohon maaf secara terus kepada perempuan tersebut boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.



Berbeza jika Mariati berhutang, mengumpat, memfitnah kepada perempuan tersebut maka wajarlah memohon maaf kepadanya kerana melibatkan diri perempuan tersebut. Di dalam kes ini, Mariati terlibat dengan suaminya, maka Mariati dan suaminya yang wajib bertaubat kepada Allah SWT. Memadailah memohon maaf kepada kawan Mariati secara umum apabila bertemu dengannya, lapor Utusan.




PENGAKUAN ISTERI CURANG, BERZINA DENGAN SUAMI RAKAN HINGGA HAMIL ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.