Pengakuan Amalina ‘Saya memang belum bertudung’ merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Pengakuan Amalina ‘Saya memang belum bertudung’ membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Pengakuan Amalina ‘Saya memang belum bertudung’
Kuala Lumpur: "Hakikatnya saya memang belum bertudung lagi. Saya tak mahu isu bertudung atau hal peribadi dijadikan bahan untuk publisiti atau disalahertikan kononnya untuk meraih simpati."
Itu jawapan penyanyi dangdut terkenal Amelina mengenai dakwaan dia sudah membuka tudung seperti dalam beberapa gambar yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 40, yang ditemui Harian Metro hari ini berkata, kekecohan yang timbul di media sosial baru-baru ini kononnya dia sudah tidak bertudung tercetus kerana salah faham.
"Pada usia begini, tak perlu saya berpura-pura dengan bertudung semata-mata untuk meraih perhatian orang. Yang lebih penting setiap tindakan kita perlu seiring dengan niat dan hati yang ikhlas.
"Tapi saya tak nafikan perlu jadi kuat dan cekal untuk menghadapi perubahan dunia hiburan hari ini terutamanya dalam era media sosial yang laju dan meluas," katanya.
Penyanyi lagu Rindu itu bakal aktif semula dalam nyanyian selepas 15 tahun menghilang dipercayai kerana kontroversi perkahwinannya pada 1999.
Amelina yang kini mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Reduan Mahamood, lenyap daripada industri hiburan ketika kerjayanya sedang di puncak susulan kontroversi beberapa isu peribadi.
Sejak itu, Amelina terus menyepikan diri dan mengelak ditemui media.
Bercerita mengenai kemunculan semula, Amelina berkata, isu di sebalik kehilangannya secara tiba-tiba ketika di puncak kerjaya pada 1999 adalah perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan.
"Bukan soal nak cerita atau tidak tapi saya perlu menghormati privasi keluarga dan banyak pihak. Bila sudah cecah usia begini, setiap gerak-geri dan kenyataan yang nak diberikan perlu ambil kira faktor sekeliling.
"Dalam hidup saya bukan saja ada anak-anak dan keluarga tapi banyak pihak lain yang perlu saya hormati hati mereka. Jadi sebaik-baik tindakan adalah untuk tidak bercerita apa juga hal yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.credit hmetro
Artikel Pengakuan Amalina ‘Saya memang belum bertudung’ ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment