Pelajar darjah 3 nekad terjun dari kereta selamatkan diri dari penculik adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Pelajar darjah 3 nekad terjun dari kereta selamatkan diri dari penculik membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Pelajar darjah 3 nekad terjun dari kereta selamatkan diri dari penculik
Kota Bharu: Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad terjun keluar daripada kereta apabila tayar kenderaan penculiknya itu tersangkut dalam selut, dalam kejadian di Kampung Aril, Melor, di sini, pada 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kanak-kanak berkenaan diculik hampir sejam ketika dia menunggang basikal bersama seorang rakannya di depan rumah.
Menurutnya, polis bertindak melakukan gerakan mengesan selepas menerima aduan.
“Ketika berbasikal itu, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri mereka sebelum menarik kanak-kanak itu masuk ke dalam keretanya. Tapi, selepas kira-kira 22 kilometer dari lokasi kejadian, tayar kereta suspek tiba-tiba tersangkut dalam selut.
“Kesempatan itu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melarikan diri. Dia kemudian ditemui seorang wanita di kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada polis," katanya, di sini, malam tadi.credit hMetro
Pelajar darjah 3 nekad terjun dari kereta selamatkan diri dari penculik ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment