Pakar satelit: Kapten MH370 tak bersalah, ada dalang… adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Pakar satelit: Kapten MH370 tak bersalah, ada dalang… membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.




Pakar satelit: Kapten MH370 tak bersalah, ada dalang…


Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan.



Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.



Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan.



Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat – komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.



“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara.



“Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.



Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.



“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa.



“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.








Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pakar satelit: Kapten MH370 tak bersalah, ada dalang… ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Saudara Ann iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.