Ngeri : Penyamun putus tangan kanan di libas mangsa (5 Gambar) adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ngeri : Penyamun putus tangan kanan di libas mangsa (5 Gambar) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.




Ngeri : Penyamun putus tangan kanan di libas mangsa (5 Gambar)


Seremban : Seorang lelaki warga Myanmar yang menyamun rakan senegaranya putus tangan kanan akibat dilibas mangsa menggunakan parang yang dibawanya untuk menyamun, semalam.



Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah itu bersama tiga lagi rakannya yang menutup muka dengan baju dan kain dikatakan memecah masuk rumah sepasang suami isteri yang juga warga Myanmar di Taman Sikamat Utama, di sini.






Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30-an dan isterinya terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebaik pintu bilik mereka ditendang penjenayah berkenaan yang meluru masuk lalu menumbuk mukanya.





















“Lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu melawan keempat-empat suspek menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa merampas parang daripada seorang suspek itu lalu melibas ke arah suspek.



“Tindakan itu menyebabkan suspek terkena libasan dan pergelangan tangan kanannya putus. Bimbang keadaan lebih buruk, keempat-empat suspek melarikan diri,” katanya.



Menurutnya, mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.



Katanya, usaha menjejak suspek membuahkan hasil apabila suspek yang cedera terbaring kesakitan dalam semak 50 meter dari rumah mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.



“Hasil siasatan, tiga lagi suspek sempat melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM50 milik mangsa dengan menaiki van putih,” katanya.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Ngeri : Penyamun putus tangan kanan di libas mangsa (5 Gambar) ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Saudara Ann iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.