Ngeri : Detik cemas kaki pelajar 17 tahun tersepit celah lidi motosikal adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ngeri : Detik cemas kaki pelajar 17 tahun tersepit celah lidi motosikal membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.




Ngeri : Detik cemas kaki pelajar 17 tahun tersepit celah lidi motosikal


Kerteh: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian seragamnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.



Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.



Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam.



“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya.



Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan.








Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Ngeri : Detik cemas kaki pelajar 17 tahun tersepit celah lidi motosikal ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Saudara Ann iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.