MULA-MULA ADIK ANGKAT, AKHIRNYA... - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di MULA-MULA ADIK ANGKAT, AKHIRNYA... harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Benar, cinta itu sememangnya buta, pekak dan sewaktu dengannya. Kadangkala ia datang secara sedar dan terancang atau tidak.
Apatah lagi jika diikutkan, ada yang mempunyai pengalaman menemui pasangan masing-masing sebelum tercetusnya bibit-bibit percintaan bermula di institut pengajian tinggi, lantas mengambil keputusan untuk berumah tangga.
Bercerita mengenai kisah cinta di antara Penolong Pendaftar, Pusat Komunikasi Strategik (Stracom) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Zaini Othman bersama pasangannya, Afiqah Shamsudin, boleh dikatakan ia berlaku secara terancang.
Bertemu dengan pasangannya ketika satu program fakulti di Cherating, Pahang, Mohd Zaini, 27, tidak menyangka Afiqah, 24, menjadi suri hidupnya selepas mengenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Pada masa itu, saya berada di tahun akhir pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Kewangan. Kebetulan pula, Afiqah mengambil jurusan yang sama tetapi dia masih dalam tahun pertama pengajian.
“Kami juga adakalanya mengambil subjek yang sama dalam kuliah yang sama. Bermula daripada 'adik angkat', hubungan kami semakin rapat sebelum kami 'isytihar' sebagai pasangan kekasih pada 1 November 2011.
“Jadi..., kalau nak lihat contoh adik angkat dan abang angkat yang akhirnya bersatu sebagai pasangan suami isteri, inilah contoh terdekat,” katanya sambil disambut hilai ketawa di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Mohd Zaini dan Afiqah tidak menunggu lama apabila selamat diijabkabulkan pada 21 Mac lalu dan mereka kini bahagia menanti kelahiran cahaya mata pertama.
Beliau yang seringkali menjadi tempat rujukan media dan akhbar di negeri ini bagi sebarang aktiviti di USIM berasal dari Gerik, Perak. Mohd Zaini memulakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik pada tahun 1994 hingga 1999.
Dia kemudiannya meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA) Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar pada tahun 2000 sebelum melangkah masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pada 2005 hingga 2006, seterusnya ke USIM pada tahun 2006.
Sepanjang berkhidmat di USIM, beliau menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), USIM 2012 serta Anugerah Perkhidmatan Terpuji (AT) USIM 2013.
Selain menyandang jawatan di Stracom USIM, Mohd Zaini juga memegang beberapa jawatan penting antaranya Penasihat Kelab Debat USIM sejak 2011 dan Felo Kolej Kediaman Pertama USIM.
“Saya juga merupakan Pegawai Kehormat Sukarelawan Polis Siswa (Suksis) USIM dengan jawatan Asisten Supritendan mulai Ogos lalu.
“Kejayaan yang saya perolehi sehingga saat ini adalah hasil dorongan dan sokongan daripada semua pihak termasuklah isteri saya yang memahami tugasan saya.
“Kadangkala saya terpaksa bertugas sehingga lewat malam dan terpaksa mengorbankan masa berhujung minggu tetapi apa yang saya dapat simpulkan, isteri saya seorang yang amat memahami,” kata Mohd Zaini.
Bercerita mengenai isterinya yang berasal dari Jengka, Pahang, Mohd Zaini berkata, isterinya itu adalah seorang yang amat tenang dan ceria perwatakannya dan sifat-sifat itulah yang membuatkan dia tertarik dengan Afiqah.
“Dalam perwatakan dia itu (Afiqah), dia juga seorang yang sensitif dan amat lasak orangnya,” katanya.
Afiqah yang kini menjalankan perniagaan produk kecantikan ketika berbicara soal suaminya menjelaskan, Mohd Zaini merupakan seorang yang cukup gigih dan rajin dalam urusan seharian yang diceburinya.
Dari segi karakter suaminya, katanya, dia seorang yang amat manja apabila bersamanya, selain cukup memahami peranannya sebagai isteri dan usahawan.
“Dia juga adalah 'pemakan' orangnya. Kadangkala sampai ke Melaka, kami bersiar-siar hanya untuk mencari makan.
“Apa yang saya masak, dia akan makan tanpa banyak soal. Paling Zaini suka apabila saya menghidangkan nasi goreng dan sambal sotong yang disifatkannya sebagai menu istimewa kegemarannya.
“Zaini ini..., anak bongsu. Sebab itulah, dia manja orangnya. Tetapi pada masa yang sama, dia adalah seorang yang sangat komited ketika bertugas kerana itu adalah tanggungjawabnya,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
MULA-MULA ADIK ANGKAT, AKHIRNYA...

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MULA-MULA ADIK ANGKAT, AKHIRNYA.... Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment