Gambar Wajah Pengasuh Dera Bayi Enggan Makan Ubat Didedahkan
Seorang wanita Hanifah Ngah, 35, mengaku bersalah atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak berusia setahun lima bulan di pusat asuhan kanak-kanak di Kota Kemuning pada 21 Oktober lalu.
Kes dera itu menarik perhatian orang ramai selepas rakaman yang menyiarkan kanak-kanak itu dipukul dimuat naik di laman Facebook.
Rakaman itu menunjukkan wanita itu memasukkan ubat demam dan batuk ke dalam mulut mangsa secara paksa dengan cara menutup mulut, memicit hidung serta menepuk di bahagian dada mangsa.
Video Bayi Dipukul Kerana Enggan Makan Ubat
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment