Fulamak Jam RM71 juta adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Fulamak Jam RM71 juta membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Fulamak Jam RM71 juta
Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).
Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).
Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.
Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.
Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.CREDIT HMETRO
Fulamak Jam RM71 juta ini adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment